Tuesday, November 25, 2008

Friends & Family

Assalamualaikum…

Ahlan wasSahlan.
Terima kasih kerana mengulangi melayari blog saya ini.

Di posting ini saya ingin menyambung tentang program yang saya ceritakan di posting pertama saya sebelum ini.

Bank yang saya maksudkan ialah bank Al-Rajhi. Bank ini baru beberapa tahun bertapak di Malaysia dan sedang giat untuk mendapatkan hati pelanggan di Malaysia. Dengan pengalaman dan cara yang sama yang mereka gunakan di Arab Saudi, mereka melancarkan satu skim yang mereka namakan ‘Friends & Family’ dimana anda akan diberikan ganjaran diatas usaha anda memperkenalkan pelanggan baru yang membuat pinjaman persendirian, rumah atau pun kenderaan.
Sekiranya anda memerlukan sebuah kereta contohnya, bank telah menyediakan satu cara bagaimana anda boleh mengurangkan bayaran bulanan kereta anda itu!!!

Mereka menggelarkan skim ini 3R's! iaitu singkatan 3 perkataan Inggeris iaitu Refer, Reward, Rejoice!

Bagi pembaca gulungan muda, anda mungkin memerlukan pinjaman baru. Eloklah kalau terus memulakan pinjaman anda tanpa riba'. Untuk pembaca yang telah mempunyai pinjaman, mungkin anda akan menimbangkan untuk memindahkan baki (refinance) pinjaman konvensional anda kepada pinjaman tanpa riba'. Kepada pembaca yang telah mempunyai anak remaja yang sudah bekerja, elok lah kalau anda menggalakkan anak anda itu kepada program ini.

Bagaimana Caranya
Apa yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman bulanan kenderaan, rumah atau persendirian anda adalah dengan memperkenalkan pelanggan untuk memohon pekej pinjaman dari bank Al-Rajhi. Setelah permohonannya diluluskan dan setiap kali beliau membayar bayaran bulanan tepat pada masanya, bank Al-Rajhi akan membayar ganjaran setiap bulan. Cantik bukan? Kerja sekali sahaja tetapi ganjarannya akan anda perolehi setiap bulan untuk sepanjang bilangan tahun pinjamannya. Semakin ramai yang anda perkenalkan kepada bank, semakin banyaklah ganjaran yang akan anda perolehi. Semudah itu…

Setiap orang yang anda perkenalkan juga akan mendapat ganjaran yang serupa apabila mereka mengulangi proses diatas. Jadi, sekarang anda boleh merasa lega kerana bank sendiri akan membantu anda membayar sebahagian dari jumlah bayaran bulanan pinjaman anda. Semua akan untung, bank akan untung, anda pun untung dan kawan-kawan & famili anda juga akan untung. Menang-Menang-Menang. Semua akan tersenyum lebar.

Bagaimana Untuk Memohon Menjadi Ahli Progam ‘Friends & Family’

Anda hanya perlu pergi kecawangan Al-Rajhi terdekat dengan anda atau pun pejabat jualan, dan isikan borang permohonan seperti imej kanan.

Bayaran yang dikenakan adalah sangat sedikit sahaja, iaitu RM50, dibayar kepada bank, bukan saya. Cuma jangan lupa, anda tidak akan rugi apa-apa sekiranya dibahagian ‘(C) REFERRAL INFORMATION’, anda isikan dengan Nama dan Nombor Keahlian Referral saya iatu:

REFERRAL NAME: HJ AHMAD BIN HJ YUNUS
REFERRAL MEMBERSHIP NO.: 126220

seperti yang tertera didalam imej dibawah.

Anda juga akan digalakkan untuk membuka akaun simpanan atau semasa supaya ganjaran anda nanti akan terus dimasukkan oleh bank kedalam akaun anda setiap bulan.

Untuk ‘FAQ’ dan keterangan lebih lanjut, sila layari: http://www.alrajhibank.com.my/.
Anda juga dipersilakan untuk melayari web berikut: http://www.ringgitbuilder.com/F&F.php

Keahlian anda adalah sangat dialu-alukan.
Jauhilah riba', dan kini anda akan diberikan ganjaran kerana memeranginya. Fikirkanlah.

Syukran Jazila
(Terima Kasih)

Muqaddimah

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana melayari blog saya ini.

Seperti blog dan laman web saya yang lain, internet biz yang saya ceburi adalah bertujuan untuk membantu pembaca, mudah-mudahan dengan usaha saya ini kita akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Kalau laman web saya membantu anda mendapatkan tempat tinggal untuk disewa dan blog saya yang terdahulu hanya tujukan kepada guru-guru sekolah, tetapi kali ini ianya terbuka kepada semua pembaca yang yang mempunyai pendapatan dan bercadang untuk membuat pinjaman dari bank. Ianya juga sangat sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai pinjaman dan berhajat untuk memindahkan baki pinjaman itu kepada bank islamik tanpa riba'.

Didalam kehidupan kita, kita tidak dapat lari dari menggunakan pinjaman sama ada pinjaman kerajaan atau dari bank swasta untuk membeli rumah, kereta, pendidikan anak-anak, persendirian (personal loan) dan sebagainya. Kecuali lah kalau kita ada wang tunai selonggok yang tidak tahu nak gunakan. Didalam kegawatan ekonomi global sekarang, mungkin ada diantara kita yang terperangkap dengan penggunaan kad kredit yang melibatkan riba' dan tidak mampu untuk melangsaikan bakinya sekali gus. InsyaAllah, program ini dapat membantu menyelesaikan tanggungan kad kredit tanpa riba'.

Untuk kebanyakan orang, sekurang-kurangnya akan meminjam untuk dua tujuan, pertama untuk membeli rumah kediaman dan kedua adalah untuk membeli kenderaan. Bank memang bersedia malah menjadi tugas utama mereka untuk memberikan pinjaman kepada pelanggan-pelanggan yang berkelayakan. Dari sini lah mereka akan mendapatkan keuntungan.

Walau bagaimana pun kita selalu terperangkap didalam sistem pinjaman yang melibatkan riba. Sebagai orang Islam, kita tidak dibenarkan melibatkan diri dengan riba’. Sebab itulah terdapat banyak dalil-dalil didalam Al-Quran dan juga hadith yang mengharamkan riba’.

Pada zaman dahulu, apabila kita membuat pinjaman dari bank, kita memang tidak ada pilihan, kerana semua bank-bank diMalaysia ini menggunakan sistem yang berunsurkan riba’. Tetapi Alhamdulillah, sekarang dinegara kita telah banyak bank-bank yang memberikan pilihan kepada pelanggannya menggunakan perbankan islam yang tidak melibatkan riba’.

Pada suku pertama 2008 salah sebuah bank yang menjalankan pengurusannya 100% secara Islam telah memperkenalkan satu skim dimana anda akan dibayar dengan ganjaran. Begitu cantik untuk didengar; selain anda dapat melepaskan diri dari riba’ yang memang dilarang oleh agama, kita mendapat ganjaran lagi untuk menjauhinya. Skim ini akan membantu bank mendapatkan pelanggan-pelanggan baru disamping anda sebagai pelanggan akan diberikan ganjaran atas usaha anda memperkenalkan kawan-kawan atau ahli keluarga kepada pihak bank.

Semakin ramai pelanggan baru anda perkenalkan, semakin banyaklah ganjaran yang akan anda kumpulkan setiap bulan, sehinggakan anda mungkin tidak perlu membayar ansuran pinjaman bulanan anda apabila jumlah bulanan ganjaran anda melebihi jumlah ansuran anda. Seronok bukan? Kita buat pinjaman dari bank, tetapi bank pula tolong bayarkan malah mungkin akan membayar tunai lebihan setiap bulan. Ganjaran ini akan anda terima setiap bulan selama mana pelanggan-pelanggan yang anda perkenalkan itu membuat dan membayar pinjaman. Mungkin sampai anda pencen pun tak habis lagi. Bukankah ini boleh anda jadikan sebagai pencen kedua, dan yang cantiknya ianya halal dan bersih dari riba', dan boleh dipindahkan kepada waris kita.

Ikutilah posting saya yang berikutnya untuk mengetahui tentang skim ini selanjutnya dan bagaimana untuk menjadi ahli.

Syukran Jazila (Terima Kasih).